CAESAREAN : Penjagaan & Rawatan Luka Bedah



Penjagaan Luka Pembedahan

Setiap ibu pasti mempunyai pengalaman tersendiri ketika melalui proses kelahiran bayi. Bagi ibu yang tidak dapat melahirkan secara normal, tanpa banyak pilihan, mereka perlu melalui kaedah pembedahan atau #caesarean. Pembedahan dilakukan atas sebab-sebab masalah kesihatan bertujuan mengurangkan risiko kepada ibu dan bayi. 

Berbanding dengan ibu yang melahirkan secara normal, penjagaan fizikal bagi ibu yang bersalin secara caesarean perlu lebih diberi perhatian malah tidah boleh dipandang remeh. Meskipun teruja dengan kehadiran si kecil dalam keluarga, ibu harus memberi perhatian untuk merawat diri mereka. 

Bersalin secara caesarean sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutamanya di kawasan pembedahan. Penjagaannya berbeza dengan bersalin normal kerana luka pembedahan berada di perut. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar jika dibandingkan dengan luka #episiotomi. Jagaan bagi ibu selepas bersalin bermula dari saat uri dikeluarkan sehingga ke 6~8 minggu selepas bersalin, di mana organ-organ peranakan kembali ke bentuk asal seperti sebelum kehamilan. 

Potongan Pembedahan

Kebiasaannya, potongan dilakukan secara melintang mengikut garisan bikini ibu. Kesan pembedahan pada awalnya kelihatan berwarna merah. Setelah beberapa minggu ianya akan mula menghilang dan ditutupi oleh bulu ari-ari. Bahagian parut mungkin berasa sensitif dan gatal-gatal apabila bulu ari-ari mulai tumbuh. Lama-kelamaan, kesan parut yang telah pulih akan mula memudar. 



TAHUKAH ANDA???
SEJURUS IBU-IBU SELESAI MENJALANI PROSES PEMBEDAHAN... 
# IBU DIKEHENDAKI BERBARING UNTUK TEMPOH 6 JAM PERTAMA DAN ELAK DARI MENGANGKAT KEPALA TERLALU TINGGI
# BERGEERAK SEGERA DALAM TEMPOH 24 JAM DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO DARAH BEKU DAN SEMBELIT
# AMPU LUKA MENGGUNAKAN BANTAL ATAU TUALA YANG DIGULUNG
# UBAT TAHAN SAKIT DIAMBIL SEBELUM KESAKITAN MULA DIRASAI
# IBU MUNGKIN AKAN BERASA SEDIKIT PEDIH & NGILU KETIKA MEMBUANG AIR KECIL YANG PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN


      Mandi dan Kebersihan Luka Bedah

Bagi ibu yang pertama kali memalui proses pembedahan ini pasti berasa risau akan kondisi luka mereka terutama apabila ketika ingin mandi. Jangan risau! Mandilah seperti biasa. Mandi bukan sekadar dapat membersihkan tubuh malah dapat menyegarkan badan dan menenangkan fikiran. Namun, pastikan luka pembedahan sentiasa kering. Gunakan tuala yang bersih untuk pedap pada luka setiap kali selepas mandi. Anginkan luka pembedahan di depan kipas bagi membantu luka cepat kering sama ada selepas mandi ataupun apabila badan berpeluh-peluh. Penting bagi ibu untuk pastikan luka pembedahan kekal kering sepanjang masa.       

Pemakanan Ibu-ibu yang Bersalin Secara Caesarean

Pemakanan antara aspek yang amat penting untuk dititikberatkan. Ibu perlu mengetahui amalan pemakanan yang betul semasa menjalani tempoh berpantang. Pengambilan makanan yang seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman. 

Ibu-ibu perlu mengutamakan pengambilan pemakanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ianya kaya dengan mineral. Manakala sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin. 

Elakkan daripada mengambil makanan yang bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa sepanjang tempoh berpantang. Minuman sejuk seperti berais juga seharusnya dielakkan. Ia bertujuan untuk menyembuh dan mengembalikan kesegaran pada badan selepas menjalani proses kelahiran yang agak panjang.

Rawatan Luka Pembedahan
   
Ibu yang menjalani pembedahan haruslah mengambil langkah berjaga-jaga agar luka bedah tidak mengalami infeksi/jangkitan. Pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan dan menyapu antiseptik suoaya bakteria tidak membiak di kawasan luka pembedahan. 



YUSHAKILA YUNUS
016-6955403
#premiumbeautifulexpert

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...